Telekung World

TELEKUNG POKET merupakan salah satu koleksi TELEKUNG WORLD yang eksklusif dan mempunyai nilai kualiti yang paling bagus.Tidak seperti telekung yang lain,TELEKUNG POKET ini direka khas dengan ZIP ISTIMEWA yang dijahit dengan benang bermutu tinggi supaya kelihatan kemas dan rapi.Telekung Poket MEMUDAHKAN kaum wanita menyimpan dokumen peribadi dan barang berharga seperti telefon bimbit,paspot ,kad bank dan lain-lain yang sesuai di bawa bersama sewaktu menunaikan solat di mana sahaja dan bila-bila masa.

Fungsi poket pada telekung:

1.  Menjamin keselamatan barang berharga semasa anda sedang solat.Ini kerana,banyak berlaku kes-kes kecurian beg tangan wanita semasa sedang solat di dalam masjid dan surau.

2.Memudahkan kaum wanita menyimpan keperluan barang peribadi  seperti cermin mata,jam tangan yang biasanya diletakkan di bahagian hadapan tempat sujud,tetapi kini anda boleh masukkan ke dalam kantung /poket pada telekung anda dan membawa bersama ketika solat.

3.Travel-Umrah/Haji dan melancong.Telekung Poket boleh menyimpan pasport perjalanan,kad pengenalan , wang tunai dan kad bank.

Pencuri tidak gentar mencuri walaupun di dalam rumah Allah!

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV ) di atas menunjukkan seorang lelaki dilihat melangkah kepala jemaah wanita yang sedang sujud dan melarikan beg tangan berisi RM60  dan telefon bimbit yang diletakkan di barisan hadapan,Kejadian  berlaku di Masjid Kasar,Pasir Mas Kelantan,pada waktu itu semua jemaah sedang solat subuh jam 5.55 pagi dan telah dipastikan bahawa suspek telah merancang jenayah tersebut dengan menyamar sebagai wanita yang bertelekung.

Musibah boleh berlaku di saat yang tidak terduga.Oleh sebab itu, langkah awal pencegahan amat perlu diberi perhatian sebelum kejadian tidak diingini  berlaku.

wang tunai
kunci kereta

Justeru itu,kita haruslah mengambil langkah MENUTUP RUANG JENAYAH DARIPADA BERLAKU .Ambillah langkah yang BIJAK  dengan memakai telekung  poket  Telekungworld .Ia sangat mudah untuk di bawa ke mana sahaja. Telekungworld memudahkan urusan ibadat anda.Ia membantu anda untuk khusyuk di dalam solat tanpa perlu risau keselamatan barang anda hilang dan sebagainya. Dokumen anda dijamin dekat di hati anda!

Telekung world nilainya tinggi  tetapi jika anda kehilangan dokumen peribadi,kosnya bukan murah,kerugian yang ditanggung bukan sedikit  ,hidup resah gelisah,fikiran runsing dan tertekan kerana  bukan sahaja wang ringgit melayang malahan masa dan tenaga terpaksa dikorbankan untuk menguruskan kehilangan barang tersebut seperti buat laporan polis,membuat kad pengenalan baru dan sebagainya. Bukan mudah untuk mengumpulkan harta, tetapi jika ia hilang ,sekelip mata sahaja!

Telekung world menjimatkan wang dan masa anda!

CIRI CIRI UNIK TELEKUNG POKET

 1.Poket atau Kocek

Rahsia poket kecil di dada ,sekali pandang seakan tidak nampak ada poket kecil di dada selain zip kecil .Itu pun jika dilihat dari dekat.Ia bukan sekadar suka-suka atau aksesori gaya tetapi berfungsi menyelamatkan benda-benda berharga yang selalunya disimpan dalam handbag ,Tetapi kini anda boleh membawa bersama ketika anda solat di mana jua anda berada.

Kelebihan Poket

  • Direka khas untuk menyimpan benda penting dan berharga yang bersesuaian ,seperti pasport,telefon bimbit

  •   Kedudukan poket yang ekslusif, sukar diragut.

  •  Zip poket di bahagian dada telekung hampir tidak kelihatan kerana dijahit dengan kemas ,rapi dan cantik.

  •  Kantung di bahagian dalam telekung bersaiz besar dan boleh memuatkan beberapa barang; kad bank, kunci rumah,kunci kereta.

  • Barangan yang disimpan di dalam poket telekung tidak mudah terkeluar  .

  •  Terlindung dari pandangan mata kasar. Tujuan direka untuk keselamatan dan kekemasan.


TELEKUNG BERZIP PELINDUNG POKET

BOLEH DIBAWA KEMANA SAJA

SIMPAN BARANG BERHARGA SEPERTI DOMPET

IBARAT NYAWA YANG SANGAT BERHARGA

2 JENIS TELEKUNG POKET

1.POKET BAHAGIAN DADA 2.POKET BAHAGIAN BAWAH

Telekung Poket Bahagian Dada

Ciri-ciri

  1. Muka-Bergetah dan ada sulam di atas kepala.
  2. Bahagian bawah ada lace cantik dan mewah.
  3. Kedudukan poket di tengah dada
  4. Dagu kain lycra
  5. Panjang telekung agak labuh,sesuai untuk wanita bertubuh besar dan tinggi.            

Telekung Poket Bahagian Bawah Telekung

Ciri-ciri

  1. Muka-Bergetah dan tiada sulam di atas kepala.
  2. Bahagian bawah telekung ada lace.
  3. Kedudukan poket di bahagian bawah telekung
  4. Dagu kain lycra
  5. Telekung tidak panjang hanya separas tangan apabila diluruskan ,sesuai untuk wanita bertubuh kecil dan kurus.     
  6. Sangat sesuai untuk dibawa travel,menunaikan haji dan umrah.      
POKET DI BAHAGIAN DADA
POKET DI BAHAGIAN BAWAH

2. FABRIK JENIS COTTON JEPUN

Telekung yang paling baik biasanya diperbuat dari kain kapas jenis cotton jepun atau Japanese Cotton .Ia sangat popular kerana mutunya yang tinggi, harga lebih mahal ,eksklusif,halus dan ringan,berbanding kain kapas cotton Paris,cotton Silk,cotton minyak ,lycra ,jacquard dan crepe.

Mengapa kami memilih kain jenis Cotton Jepun?

  • Kain kapas pilihan Telekung World  ini jenis yang KELIHATAN LICIN BERKILAT .Kain cotton jenis ini mudah digosok dan sukar kusut.
  • Susunan benangnya halus ,padat dan bermutu tinggi ,tapi bersifat sejuk dan nyaman di kulit badan.
  • Terdapat liang pengudaraan yang sangat halus menyebabkan angin kipas syiling atau aicond terasa dingin meresap masuk ke dalam telekung menyamankan tubuh badan kita.
  • Paling istimewa ia tidak berbau walaupun tidak dibasuh selama 1 bulan.
  • Mudah serap peluh tetapi tidak melekap di badan-aurat terjaga.
  • Pemilihan kain jenis ini boleh disesuaikan  dengan semua iklim, negara Malaysia yang panas dan lembap dan juga di  luar negara yang mempunyai iklim berbeza seperti empat musim.
  • Kain sangat lembut,permukaan licin dan ringan .Oleh sebab itu ia senang dilipat dan dimasukkan kedalam bagasi dengan mudah.
  • Penjagaan yang ringkas.Kekotoran yang melekat di kain ,sangat mudah dibasuh .
  • Selesa,halus ,lembut ,mudah dilipat atau digulung dan sesuai dibawa keluar negara sama ada untuk tujuan menunaikan haji atau umrah dan juga melancong.
  • Di jamin ketahanan fabrik sehingga 10 tahun ,warna tidak akan lusuh atau kekuningan sentiasa kelihatan seperti  baru dibeli .
  • Kualiti tinggi ,benang padat , kuat-,tidak mudah koyak ,mereput dan sangat tahan lasak .
  • Kepadatan renda yang juga diperbuat daripada cotton   ( bersifat flowy/berat )menyebabkan tidak mudah terselak apabila ditiup angin,ataupun  kipas surau/masjid ketika anda berdiri , rukuk dan sujud.
  • Jimat wang , tidak perlu beli telekung berkali-kali kerana boleh dipakai selama bertahun.-tahun.
  • Zip hanya sesuai dijahit dengan cantik pada kain cotton ini sahaja.Jika kain yang murah,kain di keliling jahitan zip akan berkedut2,Oleh sebab itulah, kain yang bermutu tinggi menjadi PILIHAN KAMI.

3.Hiasan Renda

renda kepala
renda kpla tepi

 Perkataan ‘RENDA’adalah berasal dari bahasa Portugis .Terkenal sejak dahulu lagi di zaman nenek moyang kita sebagai pelengkap keindahan untuk menambah nilai estetik agar kelihatan anggun dan feminin.Diperbuat daripada kain kapas yang sukar pecah dan boleh di sterika pada suhu tinggi.

Hiasan renda di sekeliling telekung dan bahagian kepala menjadikan Telekungworld sangat eksklusif ,kelihatan indah penuh ketenangan dan nampak menawan kepada si pemakainya.

Kami menyediakan beberapa design renda yang eksklusif ,berbeza coraknya antara satu sama lain.Setiap satu design renda terhad untuk beberapa helai sahaja bagi mengekalkan ciri istimewa dan unik. 

Telekung yang cantik, bersih,dan selesa biasanya diperbuat daripada fabrik  yang bagus. Kecantikan sinonim dengan kaum wanita sebenarnya merupakan  satu cara menzahirkan kesyukuran kepada Allah .Mengadap Allah dengan pakaian yang paling cantik dan paling baik  sebagai bukti kita mengutamakan Allah berbanding makhluk. Contohnya,apabila hendak bertemu seseorang yang istimewa atau dalam majlis anjuran orang kenamaan, sudah tentu kita memilih pakaian yang paling mahal dan cantik.Inikan pula kita hendak bertemu Raja Yang Maha Agung ,sudah tentu lebih afdhal lagi memilih pakaian  yang paling bagus.

Oleh itu,sekiranya telekung anda sudah kelihatan  buruk,lusuh dan ,bertahi lalat, segeralah bertukar kepada telekung yang cantik dan selesa.Allah itu Maha cantik dan Dia sukakan kecantikan!

Rekaan Unik sulaman klasik

Indah di mata menawan hati

Hiasan renda amat cantik

Zahirkan syukur pada Ilahi

*contoh telekung yang sudah lusuh dan bertahi lalat

IMG20180212220406
IMG20180212220441

4.Sesuai untuk semua jenis bentuk muka

Bentuk muka terletak cantik antara dahi dan bawah dagu.

  • Dihias renda yang dijahit dengan benang yang boleh lentur dan fleksible
  • Sesuai dengan semua saiz dan bentuk muka wanita sama ada wajah yang kecil,tirus ,bujur sireh ataupun wajah yang bulat dan tembam
  • Sesuai untuk wanita dewasa mahupun remaja.
  • Tidak mudah bertahi lalat atau berbau busuk ketika dibasahi air wudhuk kerana jenis kain cotton kualiti terpilih ini antibakteria .
  • Jahitan di sekeliling muka melekap rapat ke kulit dahi bagi mengelakkan rambut terkeluar walaupun sehelai.
  • Selesa di muka ,tidak ketat dan tidak pula terlalu longgar.
  • Tali pengikat yang panjang.
  • Pemilihan Kain Lycra hanya di bawah dagu  sesuai dengan keunikan bentuk dagu wanita sama ada dagu berlapis ataupun tidak.

5.Aurat Ditutup Sempurna Dua lapisan labuh hingga bawah dada

 CONTOH BARANG YANG BOLEH DI SIMPAN DALAM  TELEKUNG WORLD:

pasport
jam
jam tangan
imej duit
wang tunai
cermin mata

6.TELEKUNG POKET SESUAI UNTUK MUSAFIR

LUAR NEGARA
RNR
solat dlm train
MUSAFIR
DI KAKI LIMA

KONSEP TAWAKAL

Menjaga harta peribadi kita dan memelihara diri daripada ancaman merupakan tanggungjawab setiap insan.

Pemakaian Telekung Poket jenama Telekung World merupakan satu ikhtiar kita dalam  bertawakal kepada Allah.Tawakal bukan pasrah tanpa usaha namun harus disertai ikhtiar dan penyandaran diri kepada Allah.Usaha dan ikhtiar kita ialah kita bawa bersama dan masukkan  barangan peribadi yang penting ke dalam telekung poket .Selepas itu ,barulah kita berserah kepada Allah.

Tawakal menjadikan seorang mukmin redha kepada segala ketentuan dan takdir Allah.Ini merupakan ciri utama orang yang telah mendapat kemanisan imaN.

PRODUK TELEKUNG WORLD KOD 2 TELEKUNG MUNA

Telekung Muna merupakan PRODUK KE 2 TELEKUNG WORLD .Buatan Malaysia yang anggun mempesona ,tidak seperti telekung yang lain,telekung Muna didatangkan dengan sulaman goyang yang sangat indah.REKAAN UNIK dan halus diilhamkan oleh tukang jahit yang pakar dalam jahitan sulam yang sukar ditandingi kehebatannya oleh tukang jahit yang ada di Malaysia.Kami mempersembahkan untuk anda ‘cuci mata’ dengan kecantikan design ‘goyangnya’ .Terdapat pelbagai warna yang menarik sebagai pilihan.

CIRI ISTIMEWA

1,Bentuk muka ‘smocking’ melekap di kawasan muka.-memudahkan aurat ditutup rapat tanpa perlu anak tudung.

2.Tali ikatan jarak di tepi muka-rambut tidak akan keluar dari tepi telinga

3.Sulaman kerawang halus dan unik.-penampilan unik dan kelainan khusus hanya ada pada Telekung Muna.

4.Seminggu menjahit hanya satu telekung-betapa sukar untuk menghasilkan produk yang tinggi kualitinya, semata-mata untuk anda merasakan keistimewaan sesuai dengan tagline :

ANGGUN SELESA MEMPESONA.

WARNA PILIHAN

IMG-20180713-WA0054
IMG-20180713-WA0101
IMG-20180710-WA0006
IMG-20180710-WA0007
IMG-20180713-WA0035
IMG-20180704-WA0017

TELEKUNG MINI UMRAH KOD 03

POKET DI BAHAGIAN BAWAH DAN LABUH TELEKUNG SEPARAS HUJUNG JARI TANGAN

TELEKUNG WORLD Sesuai Untuk:

Hadiah Hari Lahir
hntaran
Hantaran Perkahwinan
Hadiah Hari Ibu

1.Tetamu yang berkunjung ke rumah kita, sediakanlah  telekung solat khusus untuk mereka sebagai meraikan kehadiran mereka.Imej kita sebagai tuan rumah akan dipandang tinggi.Bayangkan jika anda sediakan telekung yang dipakai hari-hari,ia mungkin sudah lusuh  .Lebih malang lagi ,jika ianya berbau hapak.Sudah pasti keadaan ini memburukkan pandangan tetamu kepada kita. 

2.Hadiah:

  • Annivesary
  • Hadiah untuk pengantin
  • Penghargaan kepada saudara mara atau kawan yang bergotong royong untuk kenduri atau jamuan
  • Doorgift untuk tetamu
  • Hadiah Hari Ibu
  • Saudara yang hendak menunaikan haji/umrah
  • Kawan yang hendak ke luar negara
  • Hari Guru
  • Cabutan Bertuah
  • Persaraan
  • Buah tangan yang dibawa apabila hendak ziarah teman       

3.Wakaf kepada masjid /surau/Musollah RnR

4.Sedekah kepada golongan tertentu seperti anak yatim piatu,fakir miskin dan kawan-kawan kita yang tidak mampu membeli telekung yang bagus dan BERKUALITI

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENJANA PAHALA

SEPERTI DUIT TERUS TRANSFER KE AKAUN KITA

BERTERUSAN MENGALIR WALAU KITA SUDAH TIADA

SEMOGA AMAL JARIAH MEMBAWA KITA

MENJEJAKI HARUMAN SYURGA !

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ,kemusykilan dan tempahan , tuan/puan boleh hubungi kami  di talian :

0196992426

PEMBAYARAN DAN PENGHANTARAN

Kami menerima pembayaran melalui akaun Maybank dan penghantaran akan dibuat sebaik sahaja tuan/puan menghantar salinan gambar resit ke talian nombor telefon yang tertera di atas, sebagai bukti pembayaran.

kaedah pembayaran

1. Lakukan pembayaran ke

Nama bank: Maybank2u

Nama: Fildza binti Ab Razak

No akaun: 162553011864

2. isi borang di bawah untuk tujuan pos





PENGASAS PRODUK TELEKUNG WORLD

Pn. Fildza bt Ab Razak , pengasas kepada Telekung world.com berasal dari Meru ,Klang,Selangor.

Idea menghasilkan produk ini  timbul kerana:

1.Inginkan semua  wanita memakai telekung yang bukan sahaja  cantik  tetapi miliki ciri-ciri keselamatan dan kemudahan menyimpan barang tertentu ketika solat.

2.Membudayakan amalan sedekah dan wakaf telekung yang berkualiti ,cantik dan harga yang berpatutan.  Boleh diberikan kepada orang tua, miskin ,fakir, dan anak yatim ataupun sesiapa yang kurang berkemampuan.

3.Perlu ada telekung khas untuk tetamu yang solat di rumah kita.

4.Sering berlaku kecurian beg tangan wanita di masjid dan surau.Satu keperluan dirasakan untuk mewujudkan telekung yang berpoket supaya mudah bagi wanita memilih barang paling penting disimpan di dalamnya sewaktu solat.

Mula bergiat aktif menjalankan urusan perniagaan telekung sejak 5 tahun lalu . Telekung yang dijual pada peringkat awal , kebanyakannya diambil dari  Vietnam dan Indonesia .Sambil melancong sekali memborong! .Rakan dan saudara mara yang sering memesan dan membuat  tempahan  telekung buatan Vietnam dan Indonesia mungkin kerana kualiti fabriknya yang bermutu tinggi. Tidak dinafikan telekung buatan Malaysia juga bermutu tinggi , cuma harganya agak mahal disebabkan kos upah tenaga kerja dan bahan fabrik nya diimport dari luar negara. Walapun demikian,mutu dan kualitinya  terjamin .

Oleh itu kami wujudkan TELEKUNG WORLD bagi mengumpulkan  pelbagai jenis telekung bermutu tinggi dalam dan luar negara  dengan harga yang mampu milik bagi memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Keunikan Telekung World juga kerana menghasilkan  telekung yang satu satunya berpoket dan mempunyai pelbagai pilihan warna , corak ,reka bentuk dan renda yang berbeza.

Wanita sinonim dengan kecantikan. Serba serbi ingin nampak cantik, bukan sahaja sewaktu bekerja di pejabat ,di rumah malahan beribadat pun ingin kelihatan kemas bersih dan cantik.Tidak salah jika ianya sesuai dengan hasrat ingin menjunjung  syiar islam supaya dipandang mulia dan tinggi di mata masyarakat  yang kaya dengan nilai murni.Dengan syarat, niat untuk cantik mestilah dengan matlamat yang betul ,ikhlas kerana Allah supaya amal perbuatan dianggap sebagai ibadah dan mendapat pahala dariNya. Bukannya  untuk menunjuk-nunjuk sehingga timbul perasaan riak dan ujub. Semoga dijauhkan daripada sifat yang demikian.

 TELEKUNG WORLD membekalkan telekung  solat  BERKUALITI , CANTIK , dan MESRA PENGGUNA yang sesuai dipakai oleh wanita Islam pelbagai bangsa di seluruh dunia untuk menjalankan ibadah solat,haji dan umrah , dan mudah dibawa ke mana sahaja contohnya aktiviti perkhemahan ,melancong  dan sebagainya

  Produk Telekung World sesuai dipakai oleh kaum perempuan pelbagai lapisan usia: kanak-kanak,remaja ,dewasa dan warga emas. Ia juga sesuai bagi wanita yang fizikalnya besar ataupun  kecil ,kurus mahupun gemuk..Anda tidak perlu risau kerana kami menyediakan telekung yang terbaik untuk anda.Jika anda individu yang pentingkan mutu dan kualiti , datanglah ke kedai web kami, kami sedia memberikan khidmat untuk anda.

Kami  mempelawa tuan/puan  untuk melihat lebih dekat produk kami dan membuat pemilihan yang terbaik.

Kami juga mengalu-alukan  anda yang ingin menjadi wakil jualan, agen  dan stokis. Hadiah dan ganjaran lumayan disediakan untuk anda.

Semoga kita sama-sama dapat menjana pendapatan dan meraih pahala  sebanyak-banyaknya.InsyaaAllah!

Seramai mana orang memakai telekung selagi itulah pahala dicatat untuk kita.Mudah mudahan kita mendapat manfaat , rahmat dan berkat.

SALAM UKHWAH PENUH KASIH SAYANG DARI TELEKUNGWORLD .

VISI

MENJADI TELEKUNG POKET  NO 1 DI MALAYSIA

MISI

MENJADI TELEKUNG POKET  NO 1 PILIHAN WANITA ASIA